Thursday, August 20, 2009

Sekalung Tahniah Kepada Produksi Tingkatan 2 2009


Tahniah dan syabas kepada Tingkatan 2 2009 kerana telah melaksanakan Oreintasi Produksi Tingkatan 2 2009 pada tarikh 15 Ogos 2009, bertempat di Dewan Ibnu Khaldun Mohd Khald, pada jam 8.30mlm. Tenaga produksi yang mengendalikan Orientasi produksi ini berungkus lumus memastikan segala-galanya berjalan lancar. Tahniah kepada jawatankuasa kerja dan ketiga-tiga pengarah drama Tumpang nama, Lembing Awang Pulang Ke Dayang dan Penunggu Pusaka.Harapan saya agar semua yang terlibat untuk Malam Gala akan lebih hebat dan bertenaga.

Sunday, August 9, 2009

BERITA TERKINI!

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Kepada semua warga Sekolah Seni Johor Bahru terutama pelajar-pelajar Tingkatan 2 yang sepatutnya mengadakan persembahan pada malam 8 Ogos 2009 terpaksa ditangguhkan di atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan dan punca utamanya ialah melibatkan kesihatan pelajar-pelajar yang tidak menentu akibat dari wabak H1N1. Namun yang demikian, kesungguhan pelajar-pelajar tingkatan 2 harus dipuji kerana masih bekerja keras di saat-saat akhir, dan akhirnya mereka terpaksa akur dengan 20 orang pelajar dikalangan mereka yang memegang watak utama mengalami lemah badan, sakit perut, muntah-muntah, pening kepala, selsema dan batuk yang terlalu kuat dan ada yang terpaksa di kuarantin dan di bawa pulang oleh keluarga masing-masing akibat suspek wabak tersebut. Keputusan 'TUNDA' terpaksa dibuat walau dengan berat hati.

Tahniah kepada pelajar-pelajar Tngkatan 1 yang dapat melaksanakan persembahan yang mantap pada malam tersebut. Bagi ibu bapa pelajar-pelajar tingkatan 2 yang mahu menyaksikan anak-anak mereka beraksi di atas pentas, tunggu kemunculan mereka pada masa dan tarikh yang akan ditetapkan kelak. Sekiranya tidak ada masalah yang melanda, InsyaAllah... persembahan khas itu akan di pentaskan juga. Pasti keterujaan pelajar-pelajar tingkatan 2 yang tidak sabar-sabar merealisasikan 3 naskah yang agak panjang dan padat itu nanti akan membuahkan hasil yang membanggakan kalian. Sabar, tabah menghadapi dugaan dan redha dengan ketentuan itu adalah kunci kepada sesuatu yang lebih baik, InsyaAllah.

Kalian juga perlu memahami dan mengemaskini tentang semua dokumentasi dan semua laporan setiap bahagian dalam pengurusan sesebuah produksi itu dan perlu disiapkan dengan sempurna. Jangan buang masa! Isi masa anda dengan menyiapkan semua tugasan, baik kesenian atau akademik bersungguh-sungguh. Ikutlah juga resam padi semakin tunduk, semakin berisi. Hormati semua. Bertanya jika tidak tahu. Timbalah pengalaman dari abang-abang dan akak-akak senior.

Kepada pelajar-pelajar tingkatan 3, selamat menjawab bagi Peperiksaan Percubaan PMR 2009,
1. Percubaan Sekolah Seni Malaysia [5 Ogos hingga 11 Ogos 2009]
2. Percubaan Negeri Johor [17Ogos hingga 21 Ogos 2009]

Dalam bulan Ogos yang merupakan bulan Kemerdekaan ini juga, terapkanlah semangat Juang dan Patriotik yang tinggi, dengan menghayati erti kemerdekaan itu. Usah bertengkar sesama kita. Bersatulah demi mencapai kejayaan yang gemilang.

Sirih kuning diberi nama,
Sirih tanya berserta cermin,
Hidup berunding muafakat bersama,
Bangsa mulia budaya dijamin.

Sebelum terlupa, kepada guru-guru, jurulatih-jurulatih yang terlibat dengan program RIMUP peringkat kebangsaan semoga berjaya menjalankan tugas yang digalas. Ada yang terlibat dengan persembahan dan ada yang bertugas sebagai L.O, selamat bertugas selama enam hari bermula dari 16 Ogos hingga 21 Ogos 2009.

Menjelang 22 Ogos pula kepada semua warga sekolah seni beragama Islam akan menyambut Bulan Mulia, Bulan Ramadhan Al Mubarak. Selamat berpuasa!


Sehingga ini,sebelum menyambut apa-apa sahaja sambutan, kepada pelajar-pelajar yang tidak sihat, makan ubat, banyakkan meminum air 'jernih', jaga kebersihan diri, jaga pergaulan anda, lakukan amalan dan suruhan Tuhan, bannyakkan berdoa dan 'AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT' pasti anda akan ceria dan mendapat keberkatanNya sepanjang hari. Wasalam.

Monday, August 3, 2009

Amaran Kesihatan...

Salam dan Good morning semua...

ish... ish... ish... sekarang ni teruk betul musim org sakit... bukan setakat students, cikgu-cikgu dan jurulatih pun ramai yang tak berapa sihat...

Kesian jugak dengan anak-anak form 1 n form 2 yang sepatutnya mementaskan produksi kesenian masing-masing pada 8 ogos ni... harap-harapnya semuanya akan ok...

Pesanan untuk anak-anak semua, jagalah kesihatan masing-masing, minum air masak banyak-banyak (ingatan untuk diri sendiri jugak ni...) dan janganlah buat-buat sakit ye.... karang betul-betul sakit baru tau....

Sunday, August 2, 2009

Si Bongkok Tanjung Puteri

Pelajar sekolah seni bergambar kenangan bersama-sama Dato MB Johor dan pengarah teater Si Bongkok, Dean Manas...
Salah satu scene dalam pementasan si bongkok


Ewah!! dayung jangan tak dayung....

Gambar semua pelakon si bongkok



Teater Muzikal Si Bongkok- 2009 [Anak S.A.T.U]

Wednesday, July 22, 2009

Produksi Kesenian Plaza Angsana

Teater cermin...
Anak-anak alam...

Tukang sihir dan pengikutnya...



Kumpulan angin...


Kumpulan unsur matahari




Jatuh

Produksi Kesenian PMR - Teater MASA

segmen 3 semasa zaman kabaret 50-an... aksi seniman Jimi menyanyi di pentas utama...
Opening yang mantap oleh pelajar tari yang memegang watak sebagai orang zaman batu dalam segmen 1..
errrr... ni aje gambar yang bonda sempat ambil ye....

The Next Generation Of X-Files

3 serangkai.. ini adalah x-pedisi hutan di salah sebuah gunung yang terletak di selatan tanahair.
Kesukaran merentasi halangan dan cabaran yang ditempuhi adalah pengalaman yang tak dapat dilupakan. Hamka, Firdaus dan Abang Joe... The Next Generation of X-files.

Ini adalah Firdaus... Seorang yang happy go lucky! Suka buat lawak la pulak...

Ini Hamka.. Betul ke? Kadang-kadang pemarah, tegas tapi ada pegangan hidup yang kuat. Nantikan yang terkini...

Aktiviti pelajar-pelajar sekolah seni.

'Touch up' betul-betul, jangan sampai 'terlebih sudah'susah pulak nanti...


Sesi taklimat oleh akak senior, Wan Ratna Wan Rathi kepada adik-adik kesayangannya... bukan sorang.. tapi semua la kan...



Ni 'time' aktiviti berkumpulan.[Gambar atas dan bawah] Puzzle! Kerjasama diutamakan. Kekalkan semangat kerjasama yang jitu berterusan yeee...



1 Jazz, bagi drama 'Jerat'. Macam tension jek mamat baju biru ni...

Pewaris Budaya Bangsa- 2008

Tingkatan 1 Jazz 2008 1 Jazz ni nampak 'alien' dalam studio? Jangan over aaaa......
Haaa.... 'control' ayu semua!
Tingkatan 1 Tango 2008
Aksi Si Kitul bersama rakan-rakannya. Siapa Si Kitul?

Tingkatan 1 Balada 2008
'Friendship last forever' jangan nakal-nakal aaaaa......
Tingkatan 1 Tango 2008

Kejayaan yang gemilang.


Munirah Musa Telah berjaya menggungguli pingat EMAS untuk acara lontar peluru Perempuan Bwh 15thn 2009.

Tuesday, July 21, 2009

Pementasan Teater Muzikal Kasih Teja

Antara anak-anak seni yang terlibat dengan pementasan teater muzikal Kasih Teja


Pementasan Teater Roh Semberani

Bergambar kenangan dengan pelakon utama Teater Roh Semberani, Dean Manas

Menonton teater dengan ditemani oleh Ayahnda Khairulanuar...
Teater tentang sejarah kuda kepang... sekarang kuda kepang diharamkan di Johor.... so, tak de can lah nak buat teater tentang kuda kepang lagi.....

Siapa kata pelajar Sekolah Seni tak pandai bersukan?

Teater Muzikal Si Bongkok Tanjung Puteri

Salam semua...
Sperti tahun lepas, Sekolah Seni Johor Bahru dijemput sekali lagi oleh Johor Arts Festival untuk sama-sama menjayakan Teater Muzikal Si Bongkok Tanjung Puteri. Kali ini pementasan akan diadakan di tapak Arts Festival di parking lot antara Kotaraya dan Hotel Pan Pac. Anak-anak seni akan membantu dari segi lakon, tari dan juga muzik... Cuma anak-anak tingkatan 3 tak dapat lah nak "join" lagi sekali seperti tahun lepas sebab mereka perlu tumpukan perhatian dengan persiapan untuk percubaan PMR. Pementasan akan diadakan pada 30 Julai dan 1 Ogos... Tahun ini tak ramai yang dapat dilibatkan kerana faktor pentas yang kecil... tak pelah.... untuk anak-anak yang tidak terpilih untuk teater ini, jangan sedih-sedih, InsyaAllah ada rezeki untuk buat show-show yang lain....

Demo Tatarias

Cubaan menukar wajah adik kepada seekor anak singa yang comel....

Eeeeeiii... 'garangnye' lion ni.
Hasil kreatif special effect makeup oleh Syahira Aqira...



Wajah 'mangsa' demo tatarias pelajar teater


Wajah adik semasa proses tatarias



Mini Produksi Tingkatan 2 la pulak

Salam, sekarang ni tengah Ujian Bulan Julai 2009. Lagi pula dan masuk hari ke-2.. semalam baru jumpa dengan pelajar-pelajar form 2. Harap apa yang mereka janji untuk berubah demi kebaikan masing-masing dapat ditunaikan.
Tugasan menanti mereka adalah mini produksi ini. Setiap kelas tingkatan 2 akan melaksanakan sebuah persembahan berdasarkan drama-drama tersebut:
1. Penunggu Pusaka [2 Zapin] 27.07.2009
2. Angin [2 Masri] 28.07.2009
3. Buyung [2 Inang] 29.07.2009
di mana persembahan akan diadakan di peringkat dalaman. Nth apakah dugaannya, beberapa orang pelajar juga akan terlibat dengan latihan persembahan Si Bongkok, yang akan berlangsung untuk JOHOR ARTS FESTIVAL 2009 pada 25Julai 2009 hingga 1Ogos 2009. Harapan semoga berjaya.

Kelas KGB-program JSBN

Aksi-aksi yang sangat bergaya dari anak-anak rimba....









Monday, July 20, 2009

Pandai betul anak2 ni buat surprise bday celebration utk bonda ye... Lawatan sambil belajar pelajar bidang teater ke Sekolah Seni Kuching...

Latihan segmen 1 untuk Produksi MASA



Baru nak update...

Salam semua....

hehehe... sorry lah lama sangat tak meng update kan blog nih... terlupa lah.... anyway, good luck semua anak anak ssejb yang sedang menghadapi ujian bulan julai. tak lupa juga untuk anak-anak sayang form 3 yang bakal menduduki PMR trial exam, all the best utk semua....
Untuk semua guru2 dan jurulatih ssejb yang banyak membantu semasa Produksi MASA dijalankan, ucapan terima kasih yang tidak terhingga dari saya...

Produksi MASA pasti berubah

Salam semua...
Alhamdulliah... produksi MASA berjaya dipentaskan... tahniah untuk semua anak2 tingkatan 3 yang telah bertungkus lumus, berhempas pulas, memerah keringat, membanting tulang sepanjang proses pembikinan produksi ini. kalau nak tau, kami j/u yang 4 orang ni meleh leleh air mata masa u all nyanyi lagu sekolah masa malam produksi tu... rasa bangga melihat semua anak2 kami ni dah besar panjang dan berjaya melakar sejarah pada malam tu... (dan juga mengenangkan besok tu kami kene kerje sebab pentaksir2 luar nak datang evaluate evidens u all... huhuhu)....

Thursday, July 16, 2009

Sinopsis Teater MASA

Manusia bermula dengan tiada apa-apa, MASA merubah segalanya. Zaman berubah, peradaban berubah, bahasa dan tutur bicara berubah. Pakaian kulit binatang menjadi songket tenunan, berubah kepada kemeja dan skirt pendek. Namun, tradisi tetap dipelihara, sebagai bukti warisan budaya bangsa.

Segmen 1
Peradaban manusia baru bermula. Api menjadi rebutan dan punca pergaduhan. Namun, dalam sengketa muncul perdamaian. Dalam marah muncul kegembiraan… Di tengah-tengah kegembiraan, tiba-tiba…. Ungga gogo ge ngaum!!!!! Arghhhh!!!!!! Hengge! Hengge!!

Segmen 2
“ Ampun tuanku, patik memohon ampun. Patik terpaksa kerana anak dalam kandungan ini terlalu inginkan makan seulas nangka. Serata negeri sudah patik mencari tapi tidak berjumpa, tuanku”
- Dang Anum
Duhai lah Anum, malang nasibmu,
Suami jauh dari mata, bencana pula menimpa,
Tiada nilai nyawamu di mata sultan,
Titah berdarah, terpaksa di laksanakan
Seulas nangka, di mulut kaku anaknda
Bukti kebenaran kata, sesal di hati tiada berguna…

Segmen 3
Bertempat di sebuah kabaret tahun 50an, kisah seorang anak muda bernama Jimi yang bukan sahaja mempunyai suara yang merdu, malah mempunyai bakat terpendam dalam bidang melukis. Terpaut dengan kecantikan Siti, primadona di kabaret itu, Jimi cuba menggunakan bakat melukisnya dalam usaha untuk memikat Siti. Tetapi……

Segmen 4
Diam-diam ubi berisi… Diam-diam Peon, rupa-rupanya seorang Puteri…. Dari seorang yang “skema”, Peon berubah wajah menjadi seorang model rupawan. Begitulah sifat manusia, suka memandang rendah insan yang kelihatan seperti tidak punya apa-apa. Hakikatnya, semua manusia adalah sama, yang membezakan kita ialah budi bahasa.

Sunday, March 15, 2009

bestnye cuti...

salam semua...
first time tulis kat blog ni... hmmm... untuk anaknda yang balik bercuti tu jgn lupa buat homework yang sekolah dah bagi... to all casts of english drama competition, please memorize your dialogues ye.. anyway... i'll update this blog asap ya. by everyone..