Tahniah kepada pelajar-pelajar Tngkatan 1 yang dapat melaksanakan persembahan yang mantap pada malam tersebut. Bagi ibu bapa pelajar-pelajar tingkatan 2 yang mahu menyaksikan anak-anak mereka beraksi di atas pentas, tunggu kemunculan mereka pada masa dan tarikh yang akan ditetapkan kelak. Sekiranya tidak ada masalah yang melanda, InsyaAllah... persembahan khas itu akan di pentaskan juga. Pasti keterujaan pelajar-pelajar tingkatan 2 yang tidak sabar-sabar merealisasikan 3 naskah yang agak panjang dan padat itu nanti akan membuahkan hasil yang membanggakan kalian. Sabar, tabah menghadapi dugaan dan redha dengan ketentuan itu adalah kunci kepada sesuatu yang lebih baik, InsyaAllah.
Kalian juga perlu memahami dan mengemaskini tentang semua dokumentasi dan semua laporan setiap bahagian dalam pengurusan sesebuah produksi itu dan perlu disiapkan dengan sempurna. Jangan buang masa! Isi masa anda dengan menyiapkan semua tugasan, baik kesenian atau akademik bersungguh-sungguh. Ikutlah juga resam padi semakin tunduk, semakin berisi. Hormati semua. Bertanya jika tidak tahu. Timbalah pengalaman dari abang-abang dan akak-akak senior.
Kepada pelajar-pelajar tingkatan 3, selamat menjawab bagi Peperiksaan Percubaan PMR 2009,
1. Percubaan Sekolah Seni Malaysia [5 Ogos hingga 11 Ogos 2009]
2. Percubaan Negeri Johor [17Ogos hingga 21 Ogos 2009]
Dalam bulan Ogos yang merupakan bulan Kemerdekaan ini juga, terapkanlah semangat Juang dan Patriotik yang tinggi, dengan menghayati erti kemerdekaan itu. Usah bertengkar sesama kita. Bersatulah demi mencapai kejayaan yang gemilang.
Sirih kuning diberi nama,
Sirih tanya berserta cermin,
Hidup berunding muafakat bersama,
Bangsa mulia budaya dijamin.
Sebelum terlupa, kepada guru-guru, jurulatih-jurulatih yang terlibat dengan program RIMUP peringkat kebangsaan semoga berjaya menjalankan tugas yang digalas. Ada yang terlibat dengan persembahan dan ada yang bertugas sebagai L.O, selamat bertugas selama enam hari bermula dari 16 Ogos hingga 21 Ogos 2009.
Menjelang 22 Ogos pula kepada semua warga sekolah seni beragama Islam akan menyambut Bulan Mulia, Bulan Ramadhan Al Mubarak. Selamat berpuasa!
Sehingga ini,sebelum menyambut apa-apa sahaja sambutan, kepada pelajar-pelajar yang tidak sihat, makan ubat, banyakkan meminum air 'jernih', jaga kebersihan diri, jaga pergaulan anda, lakukan amalan dan suruhan Tuhan, bannyakkan berdoa dan 'AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT' pasti anda akan ceria dan mendapat keberkatanNya sepanjang hari. Wasalam.
hurm, setelah membaca entry dalam blog ini saya teruja untuk memohon jawatan sebagai jurulatih di sekolah seni namun borang terlalu sukar untuk didownload (sehingga saat ni..saya tidak berjaya meng'download')dan saya juga masih menunggu borang yang dijanjikan dari ssjb (arman aragon..mana borangnya?kawan dah tunggu lama ni..)kalaulah tuhan dah tentukan perjalanan saya mungkin saya akan bersama saudara semua untuk membimbing anak2 di ssjb..insyaALLAH!!
ReplyDelete