Tuesday, July 21, 2009

Teater Muzikal Si Bongkok Tanjung Puteri

Salam semua...
Sperti tahun lepas, Sekolah Seni Johor Bahru dijemput sekali lagi oleh Johor Arts Festival untuk sama-sama menjayakan Teater Muzikal Si Bongkok Tanjung Puteri. Kali ini pementasan akan diadakan di tapak Arts Festival di parking lot antara Kotaraya dan Hotel Pan Pac. Anak-anak seni akan membantu dari segi lakon, tari dan juga muzik... Cuma anak-anak tingkatan 3 tak dapat lah nak "join" lagi sekali seperti tahun lepas sebab mereka perlu tumpukan perhatian dengan persiapan untuk percubaan PMR. Pementasan akan diadakan pada 30 Julai dan 1 Ogos... Tahun ini tak ramai yang dapat dilibatkan kerana faktor pentas yang kecil... tak pelah.... untuk anak-anak yang tidak terpilih untuk teater ini, jangan sedih-sedih, InsyaAllah ada rezeki untuk buat show-show yang lain....

No comments:

Post a Comment