Manusia bermula dengan tiada apa-apa, MASA merubah segalanya. Zaman berubah, peradaban berubah, bahasa dan tutur bicara berubah. Pakaian kulit binatang menjadi songket tenunan, berubah kepada kemeja dan skirt pendek. Namun, tradisi tetap dipelihara, sebagai bukti warisan budaya bangsa.
Segmen 1
Peradaban manusia baru bermula. Api menjadi rebutan dan punca pergaduhan. Namun, dalam sengketa muncul perdamaian. Dalam marah muncul kegembiraan… Di tengah-tengah kegembiraan, tiba-tiba…. Ungga gogo ge ngaum!!!!! Arghhhh!!!!!! Hengge! Hengge!!
Segmen 2
“ Ampun tuanku, patik memohon ampun. Patik terpaksa kerana anak dalam kandungan ini terlalu inginkan makan seulas nangka. Serata negeri sudah patik mencari tapi tidak berjumpa, tuanku”
- Dang Anum
Duhai lah Anum, malang nasibmu,
Suami jauh dari mata, bencana pula menimpa,
Tiada nilai nyawamu di mata sultan,
Titah berdarah, terpaksa di laksanakan
Seulas nangka, di mulut kaku anaknda
Bukti kebenaran kata, sesal di hati tiada berguna…
Segmen 3
Bertempat di sebuah kabaret tahun 50an, kisah seorang anak muda bernama Jimi yang bukan sahaja mempunyai suara yang merdu, malah mempunyai bakat terpendam dalam bidang melukis. Terpaut dengan kecantikan Siti, primadona di kabaret itu, Jimi cuba menggunakan bakat melukisnya dalam usaha untuk memikat Siti. Tetapi……
Segmen 4
Diam-diam ubi berisi… Diam-diam Peon, rupa-rupanya seorang Puteri…. Dari seorang yang “skema”, Peon berubah wajah menjadi seorang model rupawan. Begitulah sifat manusia, suka memandang rendah insan yang kelihatan seperti tidak punya apa-apa. Hakikatnya, semua manusia adalah sama, yang membezakan kita ialah budi bahasa.
Thursday, July 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment