Sunday, May 22, 2011

Sekolah Seni Malaysia 2011

Salam sejahtera kepada semua warga SSeJB. Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik terutama Guru-guru Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru. Wah, bergaya sungguh mereka pada sambutan hari guru yang lepas. Murid-murid juga tak lupa menghargai guru-guru mereka. Tak kisahlah yang disayangi atau pun tidak (ada yang tak disayangi ke???) Emm... dalam mengejar arus pendidikan yang serba mencabar ini, ramai guru-guru ada kalanya seperti telah putus harap. Ini semua angkara murid-murid yang terlalu "baik" dan "menghormati"(subteks tu!) Namun, kerana tanggungjawab (walaupun ada yang memang tak mahu menjadi guru sebenarnya...) ilmu tetap diberikan tanpa banyak soal.
Wahai sekalian warga pendidik, masihkah kita ingat tentang janji sebagai insan bergelar GURU? Jika masih ingat nyanyikanlah lagu KAMI GURU MALAYSIA dengan penuh bersemangat. Kepada Pengetua SSeJB serta semua PK, KB...juga SELAMAT HARI GURU 2011... Guru Penjana Transformasi Negara.

No comments:

Post a Comment