Thursday, August 20, 2009

Sekalung Tahniah Kepada Produksi Tingkatan 2 2009


Tahniah dan syabas kepada Tingkatan 2 2009 kerana telah melaksanakan Oreintasi Produksi Tingkatan 2 2009 pada tarikh 15 Ogos 2009, bertempat di Dewan Ibnu Khaldun Mohd Khald, pada jam 8.30mlm. Tenaga produksi yang mengendalikan Orientasi produksi ini berungkus lumus memastikan segala-galanya berjalan lancar. Tahniah kepada jawatankuasa kerja dan ketiga-tiga pengarah drama Tumpang nama, Lembing Awang Pulang Ke Dayang dan Penunggu Pusaka.Harapan saya agar semua yang terlibat untuk Malam Gala akan lebih hebat dan bertenaga.

Sunday, August 9, 2009

BERITA TERKINI!

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Kepada semua warga Sekolah Seni Johor Bahru terutama pelajar-pelajar Tingkatan 2 yang sepatutnya mengadakan persembahan pada malam 8 Ogos 2009 terpaksa ditangguhkan di atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan dan punca utamanya ialah melibatkan kesihatan pelajar-pelajar yang tidak menentu akibat dari wabak H1N1. Namun yang demikian, kesungguhan pelajar-pelajar tingkatan 2 harus dipuji kerana masih bekerja keras di saat-saat akhir, dan akhirnya mereka terpaksa akur dengan 20 orang pelajar dikalangan mereka yang memegang watak utama mengalami lemah badan, sakit perut, muntah-muntah, pening kepala, selsema dan batuk yang terlalu kuat dan ada yang terpaksa di kuarantin dan di bawa pulang oleh keluarga masing-masing akibat suspek wabak tersebut. Keputusan 'TUNDA' terpaksa dibuat walau dengan berat hati.

Tahniah kepada pelajar-pelajar Tngkatan 1 yang dapat melaksanakan persembahan yang mantap pada malam tersebut. Bagi ibu bapa pelajar-pelajar tingkatan 2 yang mahu menyaksikan anak-anak mereka beraksi di atas pentas, tunggu kemunculan mereka pada masa dan tarikh yang akan ditetapkan kelak. Sekiranya tidak ada masalah yang melanda, InsyaAllah... persembahan khas itu akan di pentaskan juga. Pasti keterujaan pelajar-pelajar tingkatan 2 yang tidak sabar-sabar merealisasikan 3 naskah yang agak panjang dan padat itu nanti akan membuahkan hasil yang membanggakan kalian. Sabar, tabah menghadapi dugaan dan redha dengan ketentuan itu adalah kunci kepada sesuatu yang lebih baik, InsyaAllah.

Kalian juga perlu memahami dan mengemaskini tentang semua dokumentasi dan semua laporan setiap bahagian dalam pengurusan sesebuah produksi itu dan perlu disiapkan dengan sempurna. Jangan buang masa! Isi masa anda dengan menyiapkan semua tugasan, baik kesenian atau akademik bersungguh-sungguh. Ikutlah juga resam padi semakin tunduk, semakin berisi. Hormati semua. Bertanya jika tidak tahu. Timbalah pengalaman dari abang-abang dan akak-akak senior.

Kepada pelajar-pelajar tingkatan 3, selamat menjawab bagi Peperiksaan Percubaan PMR 2009,
1. Percubaan Sekolah Seni Malaysia [5 Ogos hingga 11 Ogos 2009]
2. Percubaan Negeri Johor [17Ogos hingga 21 Ogos 2009]

Dalam bulan Ogos yang merupakan bulan Kemerdekaan ini juga, terapkanlah semangat Juang dan Patriotik yang tinggi, dengan menghayati erti kemerdekaan itu. Usah bertengkar sesama kita. Bersatulah demi mencapai kejayaan yang gemilang.

Sirih kuning diberi nama,
Sirih tanya berserta cermin,
Hidup berunding muafakat bersama,
Bangsa mulia budaya dijamin.

Sebelum terlupa, kepada guru-guru, jurulatih-jurulatih yang terlibat dengan program RIMUP peringkat kebangsaan semoga berjaya menjalankan tugas yang digalas. Ada yang terlibat dengan persembahan dan ada yang bertugas sebagai L.O, selamat bertugas selama enam hari bermula dari 16 Ogos hingga 21 Ogos 2009.

Menjelang 22 Ogos pula kepada semua warga sekolah seni beragama Islam akan menyambut Bulan Mulia, Bulan Ramadhan Al Mubarak. Selamat berpuasa!


Sehingga ini,sebelum menyambut apa-apa sahaja sambutan, kepada pelajar-pelajar yang tidak sihat, makan ubat, banyakkan meminum air 'jernih', jaga kebersihan diri, jaga pergaulan anda, lakukan amalan dan suruhan Tuhan, bannyakkan berdoa dan 'AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT' pasti anda akan ceria dan mendapat keberkatanNya sepanjang hari. Wasalam.

Monday, August 3, 2009

Amaran Kesihatan...

Salam dan Good morning semua...

ish... ish... ish... sekarang ni teruk betul musim org sakit... bukan setakat students, cikgu-cikgu dan jurulatih pun ramai yang tak berapa sihat...

Kesian jugak dengan anak-anak form 1 n form 2 yang sepatutnya mementaskan produksi kesenian masing-masing pada 8 ogos ni... harap-harapnya semuanya akan ok...

Pesanan untuk anak-anak semua, jagalah kesihatan masing-masing, minum air masak banyak-banyak (ingatan untuk diri sendiri jugak ni...) dan janganlah buat-buat sakit ye.... karang betul-betul sakit baru tau....

Sunday, August 2, 2009

Si Bongkok Tanjung Puteri

Pelajar sekolah seni bergambar kenangan bersama-sama Dato MB Johor dan pengarah teater Si Bongkok, Dean Manas...
Salah satu scene dalam pementasan si bongkok


Ewah!! dayung jangan tak dayung....

Gambar semua pelakon si bongkok



Teater Muzikal Si Bongkok- 2009 [Anak S.A.T.U]